Friday, January 17, 2014

Apa itu Nuffnang ? Datang dan Pergi.







Assalamualaikum pembaca disana..ok.ok.ok.dan ok. .erm .sebenarnya hari ni aku rasa gembira sebab -for the first time,nuffnang bagi duit kat aku..woo,happy2..tak banyak pon nilai yang nuffnang bagi tu..ok ~ mungkin ade yang tertanya-tanya ape itu nuffnang sebenarnya.meh sini aku terangkan serba sedikit tentang nuffnang...

Nuffnang pada dasarnya ialah sebual laman web yang boleh dimiliki oleh orang ramai yang mempunyai blog atau laman web yang personal.Untuk menyertai nuffnang ni,korang x perlulah persusah payah untuk mengeluarkan duit , sebaliknya,nuffnang sendiri yang akan bayar  kepada kita*like me* .  Ehh?boleh diterima akal ke ni?selamat tak gunakan nuffnang?,macam mana die bagi duit kat kita ?...haaa-jawapanya ada disinii.YA!.memang nuffnang yang kan bagi duit kepadA kita,tapi macam mana?...oklah, kita perlu daftar sebagai ahli nuffnang dengan memberikan segala maklumat peribadi kita kepada nuffnang termasukklah alamat rumah ,k/p dan sebagainya..kenapa kena bagi ''bende'' peribadi macam tuh?..sebab , ia akan memudahkan nuffnang untuk menghantar check kepada kita melalui post..sekuriti macam mana ? .jangan risau.maklumat peribadi kite akan di-privasi.takde ape2 yang telah berlaku..ramai dah blogger yang menggunakan nuffnang ni dan mereka kata privasi  amat bagus.ada yang pendapatannya beribu2 sebulan..memang susah nak percaya kan ?.Bagaimana Nuffnang berfungsi ?..

Sebenarnyaaa...

Sebenarnya aku pun bukannya pakar sangat dalam nak meningkatkan pendapatan ni.  Kalu naik pun dalam jumlah yang sangat sikit. Yang pakar aku rasa Eyriqazz, tengokla rezeki dia.. semakin bertambah..
Kau rasa mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin ada yang tak suka baca, sikit-sikit Nuffnang, sikit-sikit Nuffnang… tapi itu mereka, pada yang tak tahu pasti ingin mengetahuinya…
Ok.. ramai yang dah daftar Nuffnang, kalu tengok kebanyakkan blog ada yang menggunakan Nuffnanguntuk mendapat pendapatan sampingan dalam cara berblog.
Untuk mendapatkan pendapatan dengan Nuffnang, harus ingat mereka mempunyai 3 kempen dalam menghasilkan duit.
  1. Kempen CPC
  2. Kempen CPM
  3. Kempen MCPM
  4. Pengiklanan

Bagi kempen CPC

  • Pendapatan anda diperoleh berdasarkan setiap bilangan klik unik oleh pengunjung unik anda terhadap unit iklan yang memaparkan kempen iklan CPC dan akan dikredit ke dalam akaun selepas 3 hari kempen CPC tamat, ia akan tamat  setelah mencapai sasaran maksimum bilangan klik.
  • Sekiranya blog anda memaparkan iklan CPC tetapi tidak mendapat sebarang klik, maka tiada pendapatan akan diberikan.
Kiranya kempen ni untuk memula daftar la… mereka kira per klik yang klik iklan yang di paparkan kat blog. Kalu ada iklan tapi tak klik, tak ada la duitnya. Tapi ingat!, jangan klik diri sendiri punya iklan. Tu dah kira FRAUD… dan kemungkinan boleh dai BANNED oeh Nuffnang tau..
Tapi selalu iklan baru akan muncul, untuk klik dan mengetahui lebih lanjut apa salahnya… tak salah.. tapi bukan dengan kerap dan setiap hari. Pandai-pandaila yek…

Bagi kempen CPM

  • Pendapatan yang anda perolehi bergantung kepada jumlah purata pengunjung unik yang anda terima dalam minggu suatu kempen itu dibina berdasarkan jumlah purata pengunjung unik anda.
  • Lebih tinggi tahap anda (atau lebih banyak bilangan pengunjung unik) maka lebih tinggi jumlah pendapatan yang anda dapat.
  • Segala jumlah pendapatan anda akan dikemaskini dalam tempoh 3 hari bekerja setelah suatu kempen iklan itu tamat.
Kempen ni pula selepas Nuffnang bagi kita BE, yang ini selalunya akan kekal di satu tempat jer. Pengiraan nya lagi mudah. Andai banyak pengunjung ke blog korang, maka tinggila pendapatan nya.
Jadi pepandai la korang untuk menarik pembaca datang bertandang bila ada BE nie… dengan pembaca juga pendapatan itu terhasil.

Bagi kempen MCPM (Metered CPM)

  • Pengiklan akan membeli sejumlah set bilangan pengunjung unik daripada blog anda untuk memaparkan iklan mereka dalam tempoh minggu tertentu.
  • Jumlah pendapatan yang anda perolehi akan disimpan sebagai Pendapatan Terumpuk sementara kempen itu berjalan sehingga ia mencapai bilangan unik yang dibeli pengiklan daripada blog anda. Setelah blog anda selesai memberikan jumlah unik yang dikehendaki, pendapatan anda akan dikredit masuk ke dalam Pendapatan Semasa anda.
Kempen ni pula bila selesai sesuatu kempen, maka akan jadi terumpuk @ metered. Iaitu dah ada sejumlah pendapatan di kira. Kira dah habis la kempen tu berjalan. Jadi tak akan ada pendapatan lagi untuk iklan itu la…
Bagi kempen Pengiklanan
  • Pengiklan sendiri akan meminta untuk membuat satu entry yang berkaitan dan anda akan di bayar dengan harga tertentu berdasarkan produk yang di beri.
  • Selalunya kempen dari pengiklanan ini memerlukan pengunjung yang tinggi dan pengiklan sendiri akan memilih blogger yang dia pilih.
Hah… yang ni lagi la.. selalunya bila dah ad pengujung yang tinggi dan statistik nya tidak berubah-rubah la… ialah pengiklan mesti nak cari yang ramai pengunjung dan jugak sentiasa maintain jer pelawatnya..
Jadi untuk mendapatkan iklan yang berbayar nie, aku tak tahu lagi, sebab takpernah dapat…hehehehe
nuffnang
Itu pasal selalunya di bahagian ruangan Surver Profil Blogger, kita di kehendaki melengkapkan butiran dengan betul dan tepat supaya pengiklan mendapat apa yang mereka kehendaki.
Untuk menyertai peraduan atau acara anjuran Nuffnang, terpulang. Tak semestinya kene sumer masuk. Kalu dapat menyertai amatlah bagus kerana sambil itu kita dapat menambah kenalan antara blogger lain.
Ada juga yang tidak menyertai apa-apa acara anjuran Nuffnang, tapi pendapatan mereka masih juga berjalan. Sebab kebanyakan acara anjuran Nuffnangsemua di adakan di lembah kelang. Jadi pada yang duduk jauh mungkin agak sukar nak menyertainya.
Iklan - ha… pastikan korang letak iklan Nuffnangbetul-betul yang di arahkan. Kalu boleh iklan itu mudah dan senang di lihat. Pengiklan mesti tak suka kalu iklan mereka tak kelihatan seperti terlindung, terletak di bawah sekali dan tidak keluar iklan seperti yang di tetapkan.
Jadi pastikan korang meletakkan ‘code’ iklan dengan betul dan tepat. Andai salah letak ‘code’ iklan, iklan tidak dapat di paparkan dengan betul.
Yang terakhir kalu boleh setiap hari dapat menyiarkan sekurang-kurang nya satu artikel setiap hari untuk meningkatkan traffik pengunjung. Kerana kalu kurang traffik maka kurang la daya tarikan pengiklan untuk memilih korang..hehehe
Jadi bersabarlah untuk mendapatkan BE dari Nuffnang, mungkin hari ini, esok, lusa atau akan datang korang akan dapat. Jangan risau pasti setiap blogger akan mendapatnya. Cuma cepat atau lambat sahaja. Ikut rezeki masing-masih jugak.
So, aku harap dengan penerangan yang aku berikan dapatlah korang faham serba sedikit bagaimana untuk menjana pendapatan dari Nuffnang.
Maafla andai ada yang tidak lengkap atau masih lagi samar atau ada kesilapan dalam memberikan pendapat mengenai Nuffnang. Harap ada yang dapat membetulkan atau membantu dengan meninggalkan komen di bawah.

sekian..(p/s:tolong tekan advertisement nuffnang kat atas,tepi dan bawah)kerjasama anda amat di hargai. :) hehe.

1 comment:

  1. asics gel lyte iii sale cheap around the front said. asics gel lyte iii sale Oh, you do not comfort me. asics gel lyte iii sale Certainly want to, but. Hesitantly, she did not want to say, do not want cheap asics to get someone else's pathetic. asics gel lyte iii sale cheap probably asics factory outlet guessed the reason and said, come next, you say you want to go to college. I lend you money, waiting for you in the future graduated, and then also I made ​​money.

    ReplyDelete

Copyright© 2016 - 2017 reserved to Abdulwafiy