Monday, June 6, 2016

Lets dakwah be the gun. And tarbiah be the bullet.

Assalamualaikum readers . oi oi . Setelah sekian lama blog ni berhabuk , jadi hari ni aku nak bersihkan balik segala kekotoran dan ke ke ? ok . cukup . Ya  mungkin terlalu sibuk dengan urusan duniawi memandangkan tahun lepas aku SPM , So , masa tu sangat sangat pack . Then lepas spm sibuk dengan tu lah ni lah . ok . cukup mengarut . Kita bincang tajuk ni lah harini .

Apa sebenarnya tarbiyah? Apa beza dengan dakwah?
 
Lets dakwah be the gun. And tarbiah be the bullet. Faham? 
-kholafahimi-

  Sebelum aku tulis panjang lebar selebar highway lebarnya   utara selatan tu, marilah kita berselawat kepada nabi junjungan kita , Nabi Muhammad S.A.W 
   



Dakwah dan Tarbiyah bagi aku , 2 in 1, dua perkara yang saling melengkap antara satu sama lain. Maksudnya , Lets dakwah be the gun . And tarbiyah be the bullet . Faham ?  h a h a . Tak faham ? 
Dipetik daripada satu buku , Tarbiyah ni ialah  :
''Macam satu sistem sokongan Ada usrah , daurah , kawan-kawan yang baik ni boleh menyebabkan takkan lari jauh dari islam Mereka adalah reminder saat iman kita 'down' . Tarbiyah juga boleh 'upgrade'kan iman sebab memang ada perasan untuk berlumba lumba buat kebaikan . Secara tak langsung , ia beri kesan terhadap peningkatan amal kita ''

Kalau tak faham lagi , anda bengap perlu baca banyak kali dan fahami isi maksudnya . Syaitan selalu mencari ruang dan peluang untuk mempersiakan *sia-sia amalan kita . Kernaaa itulah kita perlu siap siaga dengan tarbiyah kerana itulah kunci  kekuatan kita . Ok , tadi aku bercakap tentang lets dakwah be the gun , and shot dakwah by the bullet . *eh ? Sekarang , cuba fikirkan persamaan ini ,
Dakwah = Kereta
Tarbiyah = Servis 



Faham ? Tak ?  Kita cuma tukar camni . Lets car be the dakwah , and tarbiyah be the service. Yeah ! h a h a .Logik ? Tak ? Apekah ? . Bayangkannnn...

Bayangkan jika anda selalu menggunakan kereta itu untuk pemanduan yang jauhnya mencapai beribu batu . Anda cuma mengisi minyak hitam dan minyak masak petrol dan air 'cooler'nya sahaja.Tetapi , anda tidak pernah menghantar ke bengkel untuk diservis. Allightment  tayar belok bengkang dan menyebabkan pemandu hilamg kawalan terhadap steering kereta yang dipandu laju mencecah 100 kmj dan terbabas ! Nah , nampak similarity sekarang ? 

Begitulah diibaratkan tarbiyah .Seseorang memerlukan tarbiyah dalam hidupnya untuk memastikan dirinya selari dengan tujuan pencipta di bumi ini.



k.Assalamualaikum.



No comments:

Post a Comment

Copyright© 2016 - 2017 reserved to Abdulwafiy