Tuesday, September 13, 2016

REVIEW: The Secret Life of Pets

Assalamualaikum

The Secret Life of Pets. KL Sentral ; NU Sentral 

NU Sentral tempat lepak lah katakan kalau hujung minggu. Kadang kadang kalau rajin pegi Midvalley atau ioi. Dan haritu rasa nak tengok movie sebab tunggu kawan yang tak sampai sampai dari Rawang. KTM rosak lah, ni lah, Daripada buang masa,baik aku tengok movie *forever alone . Ada lah jugak faedah nya *faedah ke ? hehe


Sebenarnya dah tak ingat permulaan movie ni. Dalam hari yang sama aku tengok tiga movie. Mana nak ingat : Train to Busan; The secret life of Pets;The Rezort. 


Watak utama binatang : Paling kiri Max(Kucing Duke)


Kisahnya bila haiwan haiwan peliharaan ni ditinggalkan oleh penjaga mereka sebab sibuk dengan kerja. Tinggalkan mereka di rumah seawal  pagi dan pulang pada lewat malam. Antara binatang yang starring *mengarut  dalam movie ni seingat aku ialah :
  • Kucing 
  • Arnab
  • Burung Helang
  • Ular
  • Dan banyak lagi

Nak dipanjangkan cerita, suatu hari penjaga kucing (Duke) ambil seekor anjing dari Puat Pemeliharaan Haiwan Terbiar di bandar. Boleh dikatakan besar lah anjing tuh. Dan bermula dari part ni, Kucing (Max) Duke ni benco anjing ni sebab rampas segala barang kepunyaannya. Contohnya : Makanan, Tempat tidur dan mungkin Kasih Sayang yang dibelah bagi haha. Aku pun tak tahu apa yang aku mengarut tapi macam tu lah kisahnya.

Gambar ni selepas mereka berdua dah berbaik


Akhirnya mereka berdua ditangkap dengan polis haiwan terbiar di satu rumah. Mereka dimasukkan ke dalam cage dengan beberapa ekor binatang lagi. Tapi ada seekor arnab yang nampak kiut tapi hati busuk ni tolong salah seorang kawan dia dalam cage yang lain menyebabkan van tu eksiden dan terbakar. Semua masih selamat dan akhirnya Max dan anjing tu join sekali binatang terbiar tu ke dalam loji air untuk ke markaz binatang terbiar.

Bermula dari situ si penjahat(Baca:Kucing terbiar) tadi kejar mereka sebab mereka tipu bahawasanya mereka benci tuan mereka tapi akhirnya terbongkar dengan penipuan mereka. Actually aku sebenarnya tak ingat part nih. Mungkin lebih kurang macam tu lah. 

Last sekali , mereka semua berbaik baik antara satu sama lain selepas banyak kejadian yang berlaku menyebabkan mereka terpaksa berganding bahu membuat sesuatu perkara.




Komen Keseluruhan


There’s a lot to like when it comes to “The Secret Life of Pets.” Had it not hinted at a much better movie throughout the opening, I probably would’ve just said “Pets” was good fun and called it a day. However, the disconnect between its uniquely creative beginning and the assembly-line conclusion made the experience more frustrating than it needed to be.

9 comments:

  1. Selalu jugak lepak KL central HAHAHA

    ReplyDelete
  2. anak2 pasti suka cerita cartoon ni, ada juga pengajaran yang baik

    ReplyDelete
  3. tak suka sangat kartun. anyway, salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  4. wah bestnya.. boleh tngok with anak2 ni...done follow u (72)

    ReplyDelete
  5. macam best je...
    singgah membalas kunjungan :)

    ReplyDelete
  6. Seronok juga.. sebab cartun binatang anak-anak saya suka...

    ReplyDelete

Copyright© 2016 - 2017 reserved to Abdulwafiy