It's Time To Unfold New Pages: 2019

by - January 14, 2019




Pejam celik pejam celik dah seminggu lebih berlalu tahun 2019, dan kali ni adalah kali pertama aku jejak blog ni setelah sekian lama. Tak percaya, cuba tengok tarikh last post aku. Berkurun lama.

.... Jadi kali ni, sempena tahun baru

aku nak #throwback apa yang dah aku lalui sepanjang 2018......


1) CONTRIBUTING WRITER FOR THREAD ZALORA 

Banyak persoalan yang aku dapat tentang ni, antaranya macam mana aku boleh join jadi salah seorang contributing writer 


  • Pada awalnya -  tak silap tahun 2015 - aku dapat email dari Chief  Editor Thread ZALORA untuk join jadi contributing writer, dan tanpa aku fikir panjang, aku pun terima je lah pelawaan tu. Tulis je pun, bukan buat benda susah.

  • Pertengahan tahun lepas, Puan Aini nak revamp balik website Thread ZALORA. Aku pun set la masa yang sesuai dengan aku untuk pergi photoshoot untuk majalah tu. Tak sangka yang aku akan jejak studio ZALORA. Awkward untuk tangkap gambar tu tak boleh elak. But hey, sekurang-kurangnya aku dapat pengalaman yang baru.

Nah aku bagi link ataupun write up for the launch, so do have a read at this link!


Dan kalau ada yang tertanya-tanya macam mana kami punya personal gambar photoshoot haritu, tekan link kat bawah ni dan tekan butang like dekat gambar aku ya hehe.



2) K-POP WORLD

Kalau ada diantara readers aku ni kaki kpop, dia tahu betapa banyaknya konsert tahun ni kat Malaysia. Dan lebih banyak, tahun ni dengan bakal hadir BTS ke Malaysia - mempunyai fandom terbesar di dunia. Tak silap aku, konsert yang akan datang tak lama lagi ni adalah antara kerjasama yang terbesar yang pernah ada kat Malaysia. Bukan BTS je yang akan datang, tapi Ed Shereen x SM Entertainment dan ramai lagi. Kita tunggu progress dia macam mana.

Antara konsert yang aku sempat pergi tahun lepas:

  • WANNA ONE (THE WORLD TOUR)

Konsert ni adalah konsert kpop pertama yang aku pernah pergi. Ya la, kebetulan masa tu aku kat KL, jadi mudah la perjalanan nak pegi sana. 

Fun Fact: Wanna One adalah group kpop pertama yang aku minat. 

Disebabkan kali pertama pergi konsert kpop, jadi aku bersemangat la nak beli tiket yang paling dekat dengan stage. Tapi aku tak beli yang standing area punya sebab aku dah tahu memang akan penat gila dan malas nak berebut dengan  orang lain. Baik beli seat yang dekat dengan stage dan takyah berebut dengan orang lain.

  • iKON CONTINUE TOUR 

Asalnya tak terfikir pun nak pergi, tapi tiba-tiba mcalls ada buat promotions harga tiket yang murah gilaa. Half price daripada harga sebenar. Apalagi, waktu tu aku terus sambar tiket yang ada. Dan dapat la merasa konsert kpop kali kedua dan yang lebih menarik kali ni sebab dapat Send Off Pass. Boleh la aku tengok oppa-oppa korang tu depan mata. Flawless diorang tu tak boleh bincang.


*Sebenarnya aku nak buat post lain untuk kpop ni, kalau ada masa la.


3) NEW TEMPLATE

Bagi sesiapa yang selalu lawat blog ni mesti tahu macam mana terbengkalainya blog ni sebelum ni. Banyak benda yang tak sempurna. Jadi tahun ni aku ambil inisiatif sikit untuk edit biar sedap mata memandang - at least untuk diri sendiri. Hajatnya nak beli template baru, tapi malas nak edit. Tapi niat tu aku akan tunaikan - one day.






Dah la setakat ni dulu. Entri yang lain akan aku buat semanfaat yang boleh lol :) 










































You May Also Like

1 comments