Malaysia Baru : Pakatan Harapan

Sunday, May 20, 2018


     Tanggal 9 Mei tahun adalah tarikh paling bersejarah dalam hidup kita sebagai rakyat Malaysia khususnya pembangkang yang telah berjaya menawan puncak kepimpinan daripada kerajaan sebelum ni yang telah memegang tampuk kepimpinan selama hampir 60 tahun. Semestinya kita dapat menghirup udara yang baru dan berharap agar lebih sistematik dan sifar rasuah. 

     Tidak lain dan tidak bukan, kita sebagai rakyat marhaen hanya ingin melihat negara ini setanding dengan negara lain dengan kejayaan demi kejayaan bukan dengan korupsi dan skandal. Kalau korang ikut politik semasa Malaysia, amat menarik untuk dikaji dan difikirkan bersama tentang sejarah Malaysia yang dibangunkan oleh nenek moyang kita supaya boleh mengambil iktibar demi masa depan negara.



      Aku percaya dengan bergeraknya masa akan mer-ubah kita kerana datangnya masa bersama cerita dan kisah yang berbeza. Perginya masa akan meninggalkan kesan dan membentuk kita. Kisah pahit perlu diambil iktibar. Telan walaupun pahit. Biar masa merawat luka. Lalu kita hadapinya buat sekalian kalinya dan berkali-kali. 


      Manusia ini bersifat kompleks dan dinamik. Ada suatu ketika dia seorang yang keras dan kasar. Tiba suatu masa, bicaranya lembut dan berbudi.Dan perubahan seiring dengan perjalanan masa. Maka bersabarlah melaluinya - masa. Tiba nanti dihujung waktu senja, matahari berlabuh diufuk barat. Angin menyapa lemput pipi kita. Melembutkan hati kita. Esok masih ada untuk kita semua - berubah kepada yang lebih baik.




      Suka aku kongsikan disini beberapa point penting dengan kemenangan kerajaan baru, kita sebagai rakyat perlu tahu hak yang dijanjikan dalam menifesto kerajaan. *PH menang untuk bentuk sebuah kerajaan ini perlu kita tuntuni dengan menyemak semula senarai janji yang mereka tawarkan. Kita - rakyat - perlu menjadi agen semak dan imbang kepada kerja wakil rakyat as well as sebagai pembangkang. Kita perlu menjadi kumpulan pendesak yang kuat sebagai mana demokrasi memberi ruang kepada kita untuk menunjukkan pendirian. Kita bukannya melekat pada tubuh individu atau parti politik. Tapi kita melekat kepada kebenaran, keadilan sosial dan hak kebajikan warga sivil. Selamat menunaikan janji kalian. Buktikan kalian itu bukannya pepsi - yang tiada beza dengan cola.

        Bila sebut perihal politik, masing masing menunjukkan ego dengan menyatakan bahawa pandangan mereka yang paling betul dan tiada salah. Perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku dalam masyarakat kita demi mengelakkan pertelingkahan dalam kalangan saudara mara kita khususnya. Sebagai contoh, kita kritik mana mana parti yang kita benci dalam satu ‘group whatsapp’ misalnya, dan kita sedar dalam group tersebut banyak ahli dari parti politik yang berbeza, tapi kita tidak memikirkan kesan dan implikasi dengan mengutuk parti yang kita benci tu. Akhirnya jadi apa? Bermulalah sinetron masing masing dengan kutuk mengutuk sesama mereka, lepas puas mencaci maki, left group kononnya merajuk dan menegaskan supaya tidak dimasukkan ke dalam group tu lagi. 


      Masyarakat diluar sana, kita kena sedar, dalam menyatakan pandangan kita, perlu ada hikmah. Berhikmah tidak semestinya berlemah lembut, tapi cara yang disampaikan tu tidak mengguris mana mana pihak supaya tiada pihak yang terasa khususnya hati yang mudah triggered dengan parti apa yang dianutinya. Kita kena sedar setiap parti itu bukan agama, setiap parti itu tidak sempurna, tetapi setiap parti ada perancangan tersendiri untuk kearah kebaikan demi agama, Negara dan bangsa. Jangan memperlekeh dan mengecilkan perjuangan sesebuah parti. Belum lagi masuk bab 

     Ini hanyalah pandangan aku sebagai rakyat Malaysia yang menginginkan sebuah pembaharuan dalam organisasi Kerajaan ke arah yang lebih baik. Tidak bersetuju dengan pandangan ni tidak menjadi masalah, tapi harapannya agar kita dapat satu persamaan dalam menuju negara yang lebih berwawasan dan maju pada masa yang akan datang. InsyaAllah.

Kongsikan pendapat anda diruangan komen :)

*Parti Harapan



You Might Also Like

2 comments

Blog Archive